suria

Gara-gara pertikaian isu tanah sesama jiran, budak 11 tahun jadi mangsa... Maut ditembak ketika sedang main buaian

Anggota forensik sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian. -Gambar TF1

SEORANG kanak-kanak perempuan maut ditembak ketika sedang bermain buaian sewaktu parti barbeku bersama keluarganya.

Solenne Thornon, 11, terbunuh manakala bapanya Adrien, 52, cedera parah akibat terkena tembakan dalam satu kejadian di rumah mereka di Brittany, Perancis, pada petang Sabtu.

Ibu kanak-kanak malang itu, Rachel, 49, turut dilaporkan cedera manakala adiknya, Celeste yang berusia lapan tahun berjaya menyelamatkan diri dan membunyikan penggera.

Suspek yang disyaki melakukan tembakan adalah seorang lelaki berusia 71 tahun dan merupakan jiran kepada keluarga berkenaan.

Suspek bagaimanapun sudah ditahan bersama isterinya.

Difahamkan, perbalahan berhubung sebidang tanah berhampiran kawasan perumahan mereka menjadi punca kepada insiden tembakan tersebut.

Sumber polis berkata suspek berada di bawah pengaruh dadah dan menggunakan senapang .22 sewaktu melakukan serangan itu.

Datuk Bandar Plonévez-du-Faou, Marguerite Bleuzen berkata pertikaian berhubung isu tanah telah pun tercetus sejak 2020. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain