suria

Pemuda 'hati kering'... Selamba kayuh basikal di sebelah misil sedang dilancarkan

Pemuda ini mengayuh basikalnya bersebelahan dengan misil yang sedang dilancarkan.

PEPERANGAN yang menjarah tanah air boleh menyebabkan seseorang itu berupaya merenung ke arah kematian tanpa rasa gentar.

Begitulah kisahnya untuk pemuda ini yang menunggang basikal dengan hanya jarak beberapa meter dari peluru berpandu ketika senjata pemusnah itu dilancarkan.

Dalam satu rakaman video tular, penunggang itu mengayuh basikalnya melepasi pelancar misil tersebut tepat pada masa ketika ia dilepaskan.

Bunyi dentuman kuat dan deruan peluru berpandu melonjak ke udara, serta kelihatan kepulan asap besar di belakang penunggang basikal itu.

Walaupun bunyi bingit, asap dan pembakaran bahan api misil marak menyala, penunggang basikal berkenaan dengan bersahaja terus mengayuh tanpa berasa tersentak.

Dia hanya terus menunggang dan meneruskan kayuhan sepanjang laluan sebelum peluru berpandu kedua dilancarkan beberapa saat kemudian.

Seorang penulis Ukraine, Victoria Amelina mengatakan mereka sudah lali dengan suasana getir peperangan tatkala konflik di antara Ukraine dan Rusia masih berlanjutan.

"Rakyat Ukraine sudah biasa. Kami teruskan sahaja kehidupan," katanya. - Metro

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain