suria

Tragis! Remaja maut dirempuh pemandu mabuk selepas sambut hari jadi ke-18

Lokasi kemalangan yang mengakibatkan dua remaja maut. gambar Seattle Police Department

DUA remaja maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan seorang pemandu mabuk.

Mangsa yang merupakan rakan karib, Riley Danard dan Khalea Theouk, dari Seattle, Amerika Syarikat, kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian, hanya beberapa jam selepas meraikan ulang tahun ke-18 Riley.

Menurut polis, pemandu mabuk yang berusia 36 tahun itu memandu melebihi had laju dan melalui lorong yang salah, di Jambatan Seattle Barat.

Hasil pemeriksaan, polis mendapati suspek mempunyai kandungan alkohol 0.14 iaitu hampir dua kali ganda daripada yang dibenarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga tak pernah terlibat kemalangan jalan raya, 6 hari kemudian TikToker ini maut ketika pandu kereta

Menurut laporan tempatan, dalam kejadian pada Mac lalu, suspek juga didapati positif dadah.

Turut dijumpai dalam trak yang dipandu suspek adalah botol bir yang kosong.

Susulan kejadian itu, suspek berdepan dengan dua pertuduhan kerana memandu dalam keadaan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain