suria

Lelaki ternganga jumpa 'harta karun' di rumah, jadi kaya sekelip mata

Setimbun beg berisi duit syiling ditemukan di rumah ini.

REZEKI durian runtuh yang sungguh tidak disangka-sangka.

Aktiviti membersihkan rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dijalankan sebuah keluarga berjaya menemukan mereka dengan beberapa beg berisi sejuta keping duit syiling.

Menantu kepada pemilik rumah itu, John Reyes mengatakan dia sungguh tidak menyangka dengan apa yang ditemukannya itu kerana dia hanya membantu menyelenggara rumah usang tersebut.

Setelah diperiksa, beg-beg berkenaan masih belum pernah dibuka.

"Saya dihubungi oleh beberapa pengumpul duit syiling yang pakar dalam bidang ini dan mereka mengajukan beberapa soalan kepada saya.

"Mereka tahu saya mempunyai beberapa beg berisi syiling timah atau beg dari bank yang tidak dikenali selepas video saya menjadi viral.

"Mereka menganggarkan bahawa syiling-syiling itu berusia sekurang-kurangnya 40 tahun atau lebih.

"Saya dinasihatkan untuk tidak menjual syiling-syiling tersebut sehingga situasi sebenar diketahui dengan lebih mendalam," kata Reyes dalam satu kenyataan.

Keluarga terbabit mendakwa bahawa syiling-syiling itu diperbuat daripada tembaga dan bukan zink biasa.

Bagaimanapun Reyes mula menyiarkan iklan menjual syiling-syiling berkenaan di sebuah laman sesawang jual beli dengan harga AS$25,000 (RM115,000).

"Nilainya terletak pada keunikannya," katanya. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain