PERASAAN ingin tahu yang tinggi mendorong seorang wanita melakukan pembunuhan kejam dengan memotong badang mangsa kepada beberapa bahagian sebelum menyumbatnya ke dalam bagasi. Menerusi laporan Allkpop, suspek berusia 23 tahun dipercayai telah merancang pembunuhan terhadap seorang guru tutor di Korea Selatan. Malah dia juga dikatakan meminjam beberapa buku berkaitan jenayah di perpustakaan, membaca dan membuat kajian sebelum melakukan jenayah berkenaan. Suspek Jung Yoo-jung juga melakukan pelbagai usaha semata-mata untuk menjayakan rancangan kejamnya itu. Bukan itu sahaja, dia turut mengkaji bagaimana cara untuk melupuskan mayat serta cara mendekatkan diri dengan mangsa sehingga sanggup menyamar menjadi ibu pelajar yang kononnya memerlukan khidmat tutor. Suspek berusia 23 tahun mempunyai level psikopat yang tinggi. Dua hari kemudian, suspek yang memakai uniform sekolah (kononnya dirinya adalah pelajar) datang ke rumah mangsa dan melakukan kegiatan jenayah seperti yang dirancang. Bagi mengelakkan kecurigaan orang ramai disebabkan pakaiannya dipenuhi dengan tompokan darah, suspek bertindak memakai pakaian milik mangsa. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek menarik bagasi keluar dari rumah mangsa dan kemudiannya menaiki teksi menuju ke Sungai Nakdong untuk membuang mayat tersebut. Namun, 'usahanya' gagal selepas pemandu teksi mengesyaki sesuatu selepas melihat ada cecair seperti darah mengalir keluar daripada bagasi. Suspek kemudian ditahan dan mengaku melakukan pembunuhan itu. Dia juga didapati memiliki bacaan indeks psikopat agak tinggi selepas pemeriksaan psikiatri dilakukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube