ANGGOTA badan seorang lelaki Russia, Vladimir Popov, 23, yang dibaham jerung beberapa hari lalu, akhirnya ditemui di dalam perut pemangsa tersebut. Jerung yang menyerang pemuda terbabit ditangkap dan diheret ke darat menggunakan bot sebelum ia dipukul sehingga mati untuk 'membalas dendam'. Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan Vladimir yang sedang berenang di pusat peranginan Hurghada, Mesir, dikelilingi jerung harimau sebelum dia diserang pemangsa berkenaan. Mangsa sempat menjerit 'papa, selamatkan saya!' sebelum tenggelam di dalam air. Profesor di Institut Sains Marin Kebangsaan Mesir, Dr Mahmoud Dra yang melakukan bedah siasat terhadap jerung itu berkata, jerung itu adalah betina dan tiada apa-apa lagi ditemui di dalam perutnya. Bapa mangsa, Yury Popov, berkata kejadian yang menimpa anak lelakinya masih menghantui dirinya ekoran ia berlaku di hadapan mata. Difahamkan, Vladimir telah tinggal bersama bapanya di Mesir selama beberapa bulan lalu sebelum serangan yang mengerikan itu berlaku. Menurut Yury, dia akan membakar mayat anaknya dan menghantar abunya ke negara asal mereka, Rusia. -Dailymail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube