suria

Paksa diri nak nampak ‘macho’, sekumpulan wanita sama ‘acuan’ catwalk pakai baju lelaki - “Mereka berangan paling kacak”

Aksi wanita berpakaian lelaki dalam acara itu menerima reaksi negatif netizen.

VIDEO memaparkan sekumpulan wanita berperwatakan lelaki dalam sebuah acara mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video tular itu, mereka dilihat sedang berjalan menuruni pentas sambil memperagakan pakaian formal lelaki.

Setiap peserta dilihat tampil dengan gaya 'macho' yang berbeza-beza ketika mereka catwalk dalam acara berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, mereka yang terlibat merupakan sekumpulan wanita berperwatakan lelaki dalam sebuah majlis dipercayai berlangsung di Taiwan, baru-baru ini.

Lebih menguatkan spekulasi ialah skrin layar di atas pentas turut memaparkan tulisan 'That's My Tomboy King'.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ‘ketagih’ layan video tomboi di TikTok, ‘cair’ tengok wajah kacak persis lelaki... Wanita ini pasang niat nak berubah demi mak ayah

Video itu turut tersebar ke Malaysia dan mula menjadi bualan netizen tempatan sejak Selasa.

Selain menyelar acara berkenaan, segelintir netizen turut dilihat melakukan buli siber dengan membuat jenaka body shaming ke atas peserta program itu.

"Spesies ni memang badan gemuk-gemuk air ek? Tanya je.

"Adoila try hard sangat kakak-kakak oi. Mereka berangan 'terpaling' kacak

"Sesungguhnya aku sedang menahan diri dari mencarut," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain