suria

Tak berkerdip mata tengok peniaga jelita jual mi sup viral... Ramai yakin bukan kerja bomoh tarik pelanggan - “Pelaris tersendiri dah ada”

Peniaga mi sup di Bangkok menjadi bualan warga maya termasuk dari Malaysia.

RUPA paras peniaga boleh menjadi 'pelaris' untuk menarik kehadiran pelanggan.

Begitulah juga kisahnya tentang kedai viral di Bangkok, Thailand yang menjadi perhatian kerana kejelitan peniaganya.

Menerusi video yang meraih lebih setengah juta tontonan, peniaga wanita itu kelihatan sedang menyediakan juadah mi rebus untuk pelanggannya.

"Ini adalah mangkuk restoran kami. Ia bersaiz besar. Apabila makanan dah siap, pelanggan boleh ambil bahan-bahan perasa tambahan di dalam restoran.

"Ini adalah bahan-bahan untuk mi. Cili jeruk, gula dan kacang yang dihancurkan. Pelanggan boleh menambah bahan-bahan ini sesuka hati mereka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

Peniaga itu turut menunjukkan semangkuk mi rebus yang turut dipenuhi dengan daging, taugeh, serta hirisan limau.

Di penghujung video, kelihatan beberapa pelanggan lelaki sedang beratur sambil mengambil makanan di premis berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut memuji kejelitaan peniaga itu dan meluahkan hasrat untuk berkunjung ke kedainya.

Selain komen dalam bahasa asing, beberapa komen rakyat Malaysia turut dikesan menerusi posting video berkenaan.

"Macam sedap je mihun sup dia. Sepuluh kali ulang baru tahu dia buat mi.

"Tak perlu jumpa bomoh buat pelaris, pelaris tersendiri dah ada.

"Kalau macam ni, hari-hari datang makan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain