suria

Lamborghini dipandu YouTuber rempuh kereta dinaiki 3 beranak, budak 5 tahun terkorban

Nahas yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

SEORANG YouTuber yang memandu sebuah kereta Lamborghini untuk rakaman video merempuh sebuah kenderaan lain, mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Kejadian yang berlaku di Rom pada petang Rabu, Itali itu turut menyebabkan ibu dan adik perempuan mangsa cedera.

Matteo Di Pietro, 20, didakwa memandu Lamborghini warna biru bersama empat YouTuber lain sebagai penumpang sebelum merempuh sebuah kereta yang dinaiki satu keluarga.

Mangsa yang berusia lima tahun, Manuel Proietti bersama ibu dan adik perempuannya berumur empat tahun dikejarkan ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

Manual (kiri) bersama ibu dan adik perempuannya.

Penduduk tempatan mendakwa kumpulan YouTuber yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) itu cuba memintas sebuah kereta lain pada kelajuan tinggi sebelum rempuhan berlaku.

Ketika kejadian, ibu Manuel berusia 29 tahun baru menjemput anak-anaknya dari tadika.

Personaliti media sosial, Vito Loiacano yang menyertai Di Pietro bersama tiga YouTuber lain, dan mempunyai lebih 600,000 pengikut, untuk beraksi dalam Lamborghini.

Kelima-lima mereka yang menaiki SUV itu terdiri daripada kumpulan yang dinamakan 'The BorderLine'.

Kesemua YouTuber ini mengambil bahagian dalam cabaran media sosial yang menyaksikan pengaruh mengambil bahagian dalam lagak ngeri untuk memenangi hadiah, lapor Corriere della Sera.

Mereka cuba menghabiskan 50 jam tanpa henti dengan menaiki kenderaan mewah itu.

Pendakwa raya di Rom sedang menyiasat Di Pietro kerana memandu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah, manakala polis trafik cuba mengenal pasti indvividu yang merakam aksi dari dalam Lamborghini. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain