GARA-gara malas menyapu sampah dan membasuh pakaian, seorang anak perempuan disiram air panas oleh ibunya sendiri. Kejadian yang menimpa seorang anak berusia sembilan tahun berlaku di Sungai Limau di Padang Pariaman, Sumatera Barat di Indonesia. Akibat kekejaman si ibu berusia 37 tahun, wajah dan badan mangsa melecur. Memetik laporan Kompas, mangsa juga rupanya pernah didera di bahagian kepala oleh ibunya menggunakan alat urut. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan keadaan badan mangsa yang dipenuhi luka. Dalam video tersebut, mangsa dilihat memakai baju warna merah jambu dan seseorang sedang memeriksa luka di muka, tangan, belakang dan pinggulnya. Menurut polis, penderaan itu sudah lama dilakukan ketika bapa mangsa pergi bekerja. "Sudah lama didera. Apabila bapa mangsa tiada di rumah, dia akan pergi bekerja," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP M Arvi ketika dihubungi pada Selasa. Ibu mangsa kini ditahan polis dan dalam siasatan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara lima tahun sekiranya disabit bersalah. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube