suria

Doktor didapati bersalah letak air mani dalam air kopi wanita, dakwa ‘terpancut’ setiap kali buang air besar

Tertuduh dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan kesalahan seksual. Gambar SWNS

MAHKAMAH mendapati seorang doktor bersalah melakukan kesalahan seksual selepas didakwa berulang kali menuangkan sampel air maninya ke dalam air kopi seorang wanita.

Doktor berusia 55 tahun itu mengisi ratusan sampel 'spesimen' dan didakwa memasukkannya ke dalam minuman panas mangsanya beberapa kali dalam tempoh setahun.

Tindakannya disedari mangsa hanya setahun kemudian selepas menemui koleksi 'spesimen' milik suspek.

Mangsa kemudian mengambil sampel kopi yang dibuat untuknya, dan membawa kepada polis.

Minuman itu kemudian didapati mengandungi air mani suspek.

Tertuduh dari Taunton, Somerset di United Kingdom pada Khamis didapati bersalah atas satu pertuduhan melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran sehingga menyebabkan mangsa 'menelan air maninya' pada 13 September 2021.

Mahkamah Gloucester Crown mendapati dia tidak bersalah atas pertuduhan kedua atas perbuatan sama, yang didakwa dilakukannya antara 12 September 2020 dan 12 September 2021.

Memberi keterangan semasa perbicaraan, tertuduh mendakwa mengumpul sampel untuk menguji keadaan yang didakwanya dihidapinya sejak usia 16 tahun di mana dia secara tidak sengaja mengeluarkan air mani ketika membuang air besar.

Dia memberitahu juri bahawa dia mengumpul sampel air maninya semasa membuang air besar di tempat kerja hampir setiap hari, sejak 2013.

Selepas keputusan itu, hukuman Chapman ditangguhkan sehingga 6 Julai dan dia dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain