SELEPAS melepaskan nafsu di bilik hotel, seorang gadis dirompak pula. Begitulah nasib malang yang menimpa mangsa selepas bertemu dengan jejaka yang dikenalinya menerusi aplikasi dating. Suspek berusia 21 tahun dari Jawa Timur, Indonesia ditahan di Ibu Pejabat Polis Sidoarjo, sejak Isnin. Dia disyaki mencuri dengan menggunakan kekerasan, yang boleh membawa hukuman penjara 9 tahun jika sabit bersalah. Dalam kejadian itu, pemuda yang menganggur itu didakwa mencuri wang dan telefon kepunyaan mangsa. "Suspek juga mencederakan leher mangsa dengan pisau, namun mangsa terselamat," kata Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Kusumo Wahyu Bintoro, pada Khamis. Kedua-dua suspek dan mangsa yang berusia 25 tahun mengenali menerusi satu aplikasi dating. Mereka kemudian sepakat untuk bertemu di sebuah hotel di Sidoarjo, pada petang Isnin. Selepas melepaskan nafsu di bilik hotek, mangsa ke bilik mandi sebelum suspek mencuri wang berjumlah Rp320,000 (RM99) dan telefon bimbit. - Tribun Medan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube