suria

Bergaduh dengan rakan sekerja, cikgu tadika bunuh murid dengan bubur beracun

Bubur merupakan menu yang popular di seluruh dunia. -Gambar hiasan

SEORANG bekas guru tadika di Cina dihukum mati selepas dia didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak dan mencederakan 24 murid yang lain, lapor media kerajaan pada Jumaat.

Menerusi kejadian pada 2019, Wang Yun, 39, meletakkan natrium nitrit di dalam bubur yang dimakan kumpulan kanak-kanak tersebut sehingga berlakunya keracunan makanan.

Wang Yun, tidak berjaya merayu hukuman itu, yang pada mulanya dijatuhkan pada September 2020 oleh mahkamah perantaraan rakyat bandar Jiaozuo, di wilayah Henan.

Pada Khamis, mahkamah yang sama mengesahkan identiti Wang, mengiringinya ke tempat pelaksanaan dan melaksanakan hukuman mati, kata kenyataan mahkamah, menurut media kerajaan lagi.

Pada Mac 2019, Wang membeli sedikit natrium nitrit selepas terlibat dalam pertikaian dengan rakan guru.

Keesokan paginya di tadika, dia menambah beberapa sebatian kimia ke dalam bubur manis yang seterusnya diberi kepada murid-muridnya.

Pada Januari 2020, seorang daripada kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ yang disebabkan oleh keracunan.

Murid-murid yang lain mengalami kecederaan ringan, lapor media kerajaan. - India Today.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain