SATU sosok lembaga yang menyerupai kanak-kanak berjaya dirakam di kawasan tragedi lombong Huskar Pit, South Yorkshire, England oleh pemburu entiti paranormal. Imej tersebut, yang memaparkan sosok kanak-kanak perempuan dengan busana putih kelihatan sedang berdiri berhampiran memorial yang dibina bagi memperingati tragedi yang berlaku hampir 200 tahun lalu itu. Menurut pemburu entiti paranormal, pasangan Linzi dan Lee Street, mereka melakukan rutin biasa apabila pergi ke lokasi iaitu merakam dan membuat siaran langsung. Bagaimanapun, mereka hanya menyedari kamera 'menangkap'satu imej aneh apabila menontonnya semula di rumah. "Ia kelihatan seperti seorang gadis kecil berdiri di sana... kami telah menangkap roh sebenar di sini," katanya. Pasangan itu percaya, sosok tersebut adalah roh salah seorang daripada 26 kanak-kanak yang terkorban dalam tragedi banjir yang melanda lombong arang batu Huskar Pit pada 1838. Memorial Huskar Pit dibina oleh penduduk tempatan pada 1988 untuk menandakan ulang tahun ke-160 tragedi tersebut. -Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube