suria

Polis letak jawatan selepas ditangkap langgan pelacur, buat hubungan seks dalam kereta

Ferguson letak jawatan selepas didapati melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur. -Gambar hiasan Rawpixel.com

SEORANG anggota polis dari Detroit meletakkan jawatan selepas dia ditangkap bersama seorang pekerja seks di dalam sebuah kereta, pada Rabu.

Bryan Ferguson yang memegang jawatan dalam Lembaga Pesuruhjaya Polis Detroit membuat keputusan itu kerana enggan memanjangkan lagi kes berkenaan.

"Adalah satu penghormatan dan keistimewaan untuk berkhidmat kepada penduduk Detroit dalam pengawasan polis.

"Selepas pertimbangan selanjutnya mengenai kepentingan terbaik keluarga saya dan lembaga pengarah, saya memilih untuk meletakkan jawatan.

"Sekali lagi, saya menasihati lembaga pengarah dan orang ramai untuk kekal menumpukan pada kerja penting pengawasan, ketelusan dan akauntabiliti," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Pejabat Sheriff Wayne County, kira-kira jam 7.15 pagi pada Rabu, Ferguson didapati melakukan perbuatan seks di dalam kenderaannya berhampiran Lebuhraya Shaefer dan Schoolcraft Road di Detroit. - CBS News.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain