LULUH hati seorang wanita apabila bakal suaminya meninggal dunia sehari sebelum majlis pernikahan.
Pengantin perempuan meluahkan isi hatinya menerusi media sosial.
Kejadian berlaku di Bongko di Wakatobi di Sulawesi Tenggara, Indonesia.
Menerusi video yang tular, wanita itu meraung di kubur kerana pemergian bakal suaminya.
Dia memeluk pusara sambil disaksikan oleh keluarga yang duduk berdekatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat malam pertama, pengantin perempuan tiba-tiba hilang selepas nikah
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri merengek ajak bercuti selepas sehari nikah, rupanya ada plan! Kunci suami dalam tandas hotel kemudian lesap
Sementara itu, khemah yang dipasang untuk majlis pernikahan bertukar menjadi upacara pengebumian.
Wanita berkenaan, Eka Kartini sepatutnya melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihannya pada Rabu.
Menurut Eka, mereka menantikan hari perkahwinan selama dua tahun.
Eka turut memberitahu, mereka berdua sepatutnya menari pada malam sebelum majlis pernikahannya.
Malangnya, perkara itu tidak berlaku kerana bakal suami telah menghembuskan nafas terakhir. - Tribun News
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube