SEORANG pengantin perempuan yang disolek dalam keadaan berbaring dilaporkan telah meninggal dunia. Wanita yang bernama Fenny itu meninggal dunia pada Rabu, 12 hari selepas hari pernikahannya. Perkara itu didedahkan menerusi akaun TikTok mengenai mekap pengantin, Lusi Castello. "Innalilahi Wa Innailailahi rojiun," tulis Lusi pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 2 tahun berakhir tragedi... Bakal suami meninggal dunia sehari sebelum nikah, pengantin meraung peluk kubur ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat malam pertama, pengantin perempuan tiba-tiba hilang selepas nikah Lusi menjelaskan bahawa Fenny sudah sakit ketika majlis perkahwinannya pada 1 Julai lalu. "Fenny berkahwin pada 1 Julai 2023 ketika sakit. Dia meninggal dunia pada 12 Julai 2023," tulisnya. Menurut Luis, Fenny meninggal dunia akibat jangkitan kuman. Terdahulu, ketika upacara pernikahan, Fenny tidak duduk di samping suaminya. Keadaannya sangat lemah, menyebabkan dia hanya berbaring di bilik persalinan. Setelah selesai akad nikah, suami dan keluarga mendekati Fenny yang menggunakan kerusi roda untuk bergambar bersama. - Tribun Jakarta Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube