SEORANG wanita dilaporkan mencederakan sebahagian kemaluan suaminya dengan cara merentap alat sulit lelaki tersebut ketika kedua-duanya bertengkar. Suaminya yang berusia 45 tahun, dibawa ke hospital selepas 'kulit alat sulitnya terkoyak' semasa pertengkaran yang berlaku di kediaman mereka di perkampungan Portet-sur-Garonne dekat Toulouse, Perancis. Pergaduhan tercetus sejurus selepas tengah malam pada 10 Julai lalu, ketika pasangan itu yang kedua-duanya mabuk, bertengkar mengenai si suami yang didakwa curang di sebuah parti pada malam sebelumnya. Apabila ambulans tiba di lokasi kejadian, lelaki itu masih dalam keadaan sedar tetapi mengerang kesakitan. Tidak diketahui sama ada wanita tersebut menggunakan pisau atau objek tajam lain dalam serangan berkenaan. Dia ditahan selama dua hari oleh polis untuk siasatan lanjut. Dilaporkan suaminya juga diletakkan dalam tahanan polis kerana disyaki melakukan keganasan terhadap wanita itu. -Dailymail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube