suria

Ditinggal isteri selepas sehari nikah, jejaka Indonesia kini jadi buruan ramai... Siap video call dengan janda cantik dari Malaysia

Kisah perkahwinan Fahmi menjadi perhatian ramai. -Gambar media sosial

SEORANG pengantin lelaki yang ditinggalkan selepas sehari bernikah mengakui ramai wanita bersimpati terhadap kisah rumah tangganya.

Isterinya dilaporkan menghilangkan diri selepas melangsungkan pernikahan.

Selepas 12 hari kehilangannya, rupanya pengantin perempuan pergi bertemu dengan bekas kekasih.

Tidak dapat menerima kejadian tersebut, pemuda bernama Fahmi dari Indonesia itu meminta isterinya dan bekas teman lelaki membayar ganti rugi perbelanjaan pernikahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat malam pertama, pengantin perempuan tiba-tiba hilang selepas nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 2 tahun berakhir tragedi... Bakal suami meninggal dunia sehari sebelum nikah, pengantin meraung peluk kubur

Sejak itu, Fahmi menerima banyak mesej termasuk menerusi media sosial yang mahu berkenalan dengannya.

"Ramai, kebanyakannya perempuan," kata Fahmi dipetik dari saluran Kang Dedi Mulyadi, pada Isnin.

Malah kata Fahmi, terdapat seorang wanita cantik berasal dari Malaysia yang menaruh hati padanya.

Fahmi berkata, wanita warga Malaysia itu berstatus janda dan bersimpati dengan nasib malang yang menimpanya.

Bagaimanapun, Fahmi memberitahu, buat masa ini dia enggan memberi harapan tinggi kepada wanita berkenaan dan hanya mahu mendekatinya terlebih dahulu.

Menurutnya, kedua-dua mereka bertukar nombor telefon dan saling berhubung menerusi panggilan video. - Oke News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain