suria

‘Kaki asap’ nekad nak berhenti hisap vape selepas tengok proses pembuatan di kilang - “Pastinya ini kali terakhir saya beli”

Video proses pembuatan vape menyebabkan segelintir penonton geli untuk menggunakannya pada masa akan datang.

SEBILANGAN pengguna rokok elektronik berikrar mereka tidak akan membeli vape lagi selepas menonton video pembuatannya yang tular di YouTube.

Video berdurasi seminit yang dimuat naik ke YouTube oleh Ryan Horace menunjukkan bagaimana alatan itu dihasilkan di sebuah kilang.

Ia memaparkan proses pembungkusan, pelabelan dan cara bateri dihasilkan serta cara ujian elektrik.

Namun, kebanyakan penonton 'terganggu' melihat pekerja kilang itu mengendalikan vape tanpa memakai sarung tangan, sekali gus menimbulkan keraguan dalam soal kebersihan.

Menerusi video itu, jelas kelihatan pekerja kilang sedang mengendalikan vape serta memegang corongnya tanpa memakai sarung tangan.

Para penonton turut meninggalkan komen yang mana rata-ratanya menyelar cara kerja mereka yang dianggap tidak bersih.

"Ia kelihatan tidak menyelerakan. Bagaimana mereka pasang corong tanpa pakai sarung tangan? Pastinya ini kali terakhir saya beli vape selepas menonton video.

"Jadi vape itu disentuh tanpa sarung tangan?" tulis beberapa individu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain