suria

Lelaki unik dilahirkan dengan dua alat sulit, miliki 12 jari... Sedih dibuang keluarga

Half Pot, 22, ketika terlibat dalam rakaman video bersama seorang YouTuber baru-baru ini.

SEORANG lelaki dari Volta, Ghana, hidup dalam keadaan tertekan kerana dilahirkan dengan 12 jari.

Lebih menyedihkan, Half Pot, 22, dilahirkan dengan organ reproduktif lelaki dan wanita, menyebabkan dia dibuang oleh bapanya sendiri.

Selepas terpisah dengan keluarganya, pemuda itu hanya mampu menumpang kasih dengan datuk serta neneknya.

"Saya mempunyai dua alat sulit, faraj dan zakar. Saya buang air kecil melalui zakar. Faraj saya tidak mempunyai lubang," ujarnya.

Pemuda itu membuat luahan berkenaan ketika dia terlibat dalam rakaman video bersama seorang YouTuber dikenali sebagai Fantase, baru-baru ini.

Menurut pemuda itu lagi, dia juga takut untuk mendekati mana-mana wanita dan risau memikirkan soal jodoh serta masa depannya.

"Dengan keadaan sekarang, saya rasa tak yakin untuk menjalinkan hubungan. Saya takut orang akan lari selepas lihat keadaan saya," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain