SEORANG wanita ditahan kerana didakwa membuat 2,761 pangggilan kecemasan palsu selama hampir tiga tahun. Polis Jepun menahan Niroko Hatagami, 51, dari Matsudo di Wilayah Chiba, timur Tokyo, pada Khamis. Dia ditahan kerana disyaki menghalang operasi jabatan bomba. Niroko didakwa membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya dan melalui cara lain selama sekurang-kurangnya dua tahun sembilan bulan antara Ogos 2020 dan Mei 2023. Menurut laporan akhbar tempatan, dia kemudian mengaku membuat panggilan dari rumahnya dan di lokasi lain kerana berasa sunyi dan mahu seseorang mendengarnya dan memberi perhatian kepadanya. Sepanjang tempoh dia membuat panggilan kecemasan palsu, dia dianggap mengadu kepada pihak berkuasa tentang beberapa alasan seperti sakit perut, dos berlebihan, sakit kaki dan gejala lain. Penahanan Niroko berlaku selepas Jabatan Bomba Matsudo memfailkan aduan kepada polis pada 20 Jun lalu. - Metro UK Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube