suria

Air mata jantan tumpah... Bapa ditakdirkan ‘pergi’ dahulu, adik lelaki sebak galas tanggungjawab jadi wali nikah kakak

Lelaki ini tidak mampu menahan sebak saat menjadi wali nikah kakaknya. -Gambar Wolipop

KELIBAT seorang lelaki berbaju batik yang mengalirkan air mata dalam sebuah majlis perkahwinan mengundang perhatian ramai.

Video yang memaparkan lelaki berkenaan mengesat air mata dirakam dan dimuat naik di akaun TikTok @anisaamaliaamc.

Rupa-rupanya lelaki tersebut adalah adik lelaki kepada pengantin perempuan.

Dia tidak dapat menahan sebak kerana menggantikan tugas bapanya sebagai wali untuk menikahkan kakaknya.

"Ayah, hari ini saya menggantikan ayah untuk mengahwinkan kakak. Saya cuba untuk kekal kuat. Tetapi saya tak dapat... ayah sepatutnya ada di sini," demikian kapsyen yang ditulis sebagai keterangan pada video berkenaan.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan lelaki berkenaan melafazkan akad dalam riak cuba menahan sebak namun akhirnya tidak dapat menahan air mata.

"Dan Alhamdulillah, tugas saya menggantikan ayah sudah selesai. Kakak telah menjadi isteri kepada pasangan pilihan ayah. Pasti ayah gembira di sana," tulis kapsyen pada video itu lagi.

Video tersebut telah meraih sebanyak 26 juta tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa sedih. -Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain