SEORANG wanita dari China terkejut melihat anak perempuannya yang boleh melekat pada dinding, persis watak adiwira Spider-Man. Dikenali sebagai Ruxiangsuisu, wanita itu berkata dia hanya menyedari kebolehan anaknya selepas menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kediamannya. Menerusi CCTV itu, anaknya dilihat duduk di atas sofa sebelum dia memanjat dinding kediaman mereka. Kanak-kanak itu kemudiannya selamba 'berehat' sambil melekat pada dinding sehingga kepalanya mencecah ke bahagian siling. Wanita berkenaan turut berkongsi rakaman CCTV itu ke media sosial pada 9 Julai sehingga anaknya diberi gelaran Spider-Girl oleh netizen. Ramai netizen meluahkan rasa kagum melihat kebolehan kanak-kanak itu dan menganggap ia sebagai satu kebolehan luar biasa yang istimewa. - SCMP. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube