suria

Lelaki 'hilang akal' tertembak isteri sendiri, akhirnya bunuh diri... Anak hidup tak keruan

Lelaki ini tertembak isterinya dalam satu kemalangan melibatkan senjata api.

SEORANG lelaki di Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja menembak mati isterinya semasa membersihkan pistol sebelum akhirnya memutuskan untuk membunuh dirinya sendiri.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5.45 petang, 15 Julai lalu.

Polis Bolingbrook berkata, tenaga pengajar senjata api, Simeon Hendrickson, 61, dari Bolingbrook, Illinois, dilaporkan sedang membersihkan salah satu pistolnya sebelum tiba-tiba ia meletup dan tertembak isterinya, Laurie Hendrickson, 60.

Katanya, melihat orang tersayang meninggal dunia akibat kecuaiannya, dia akhirnya melepaskan tembakan terhadap dirinya dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Laurie dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

"Kes ini masih dalam siasatan," kata polis.

Dalam catatan Facebook, anak pasangan itu, Derek Hendrickson berkongsi kesedihannya atas kehilangan ibu bapanya.

"Mereka disayangi dan dihormati ramai orang dan ibu bapa terhebat yang diidamkan sesiapa jua," katanya.

Catatan awam di halaman Facebook, Simeon Hendrickson menunjukkan, dia mengajar menembak di sebuah kemudahan pinggir bandar di Chicago. - Nestia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain