suria

Isteri tembak kepala wanita, zakar suami parah... Beraksi panas ketika 3 anak sedang tidur di rumah

Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian. -Gambar hiasan

SEORANG ibu didakwa menembak wanita lain di belakang kepala ketika mangsa melakukan aksi seksual bersama suaminya.

Lelaki itu mengalami kecederaan parah pada zakar selepas mangsa menggigit kemaluannya ketika dia dibunuh.

Polis yang tiba di tempat kejadian di Milwaukee, Amerika Syarikat, mendapati lelaki berkenaan mengalami pendarahan yang banyak.

Memetik laporan Fox6, isteri berusia 30 tahun, Michelle Silas pulang ke rumah pada awal pagi Isnin 11 September lalu dan mendapati suaminya sedang melakukan hubungan intim dengan wanita lain berusia 22 tahun.

Ketika kejadian, ketiga-tiga anak mereka sedang tidur di rumah.

Dilaporkan Silas diajak untuk melakukan hubungan intim bersama sebelum didakwa menembak mangsa ketika beraksi bersama suaminya.

Silas kemudian mendapatkan anak-anaknya dan melarikan diri sewaktu polis tiba di lokasi kejadian.

Turut dilaporkan Silas mengaku kepada polis bahawa dia menembak mangsa tetapi perbuatan itu dilakukan tanpa niat.

Silas dihadapkan ke mahkamah pada 15 September lalu dan bon ditetapkan pada AS$100,000 (RM467,000). - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain