SEKUMPULAN ibu mencetuskan kekecohan di media sosial apabila mengambil gambar swafoto (selfie) di pantai. Mana tidaknya, mereka leka mengambil gambar meskipun kedatangan ombak besar. Memetik laporan TribunStyle, aksi mereka menjadi perhatian selepas video tersebut dimuat naik di laman Instagram. Dalam video yang tular, kelihatan tiga wanita sedang berdiri di tepi pantai. Ketiga-tiga mereka kelihatan berseronok sambil mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Dengan memakai cermin mata hitam dan topi, mereka beraksi tanpa menghiraukan kedatangan ombak besar. Malah, mereka juga tidak mempedulikan teguran orang awam yang menjerit dari jauh. Bagaimanapun, seorang lelaki kemudian mendekati ibu-ibu tersebut dan meminta mereka supaya menjauhi kawasan pantai kerana dikhuatiri dihanyutkan ombak besar. - Tribun Jatim Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube