SEORANG kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dicabul guru mengajinya berkali-kali sehingga menjadi trauma. Mana tidaknya, dia bukan sahaja dicium malah turut diraba sehingga bahagian kemaluan sejak dua tahun lalu. Perbuatan terkutuk di sebuah sekolah di Bandung, Indonesia itu hanya diketahui keluarganya pada Isnin lalu, selepas dia pulang ke rumah sambil menangis. Menurut bapa mangsa, dia berasa pelik melihat tingkah laku anaknya yang tiba-tiba menangis ketika pulang dari sekolah yang jaraknya 200 meter dari rumah. "Saya hanya mengetahui perkara ini selepas anak pulang dalam keadaan menangis dan ketakutan. "Dia juga mengatakan diraba dan dipegang di bahagian sensitif," tambahnya. Terkejut dengan pengakuan anaknya, dia kemudian berjumpa dengan guru terbabit. Sangkaannya meleset apabila guru tersebut mengaku telah melakukan perbuatan berkenaan bahkan mengakui ia dilakukan terhadap enam lagi kanak-kanak yang belajar di kelas sama. Susulan daripada itu, laporan polis dibuat dan suspek ditahan selepas mengaku melakukan perbuatan tersebut. Suspek turut mengaku telah melakukannya terhadap enam orang kanak-kanak lagi sejak dua tahun lalu. - Medan Tribun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube