MEDIA sosial negara Taiwan kecoh apabila tersebarnya foto patung seks yang dibuang di kawasan semak di tepi jalan. Patung yang dibalut dengan pakaian warna putih itu kelihatan rosak teruk, malah sebahagian badannya terkoyak. Digelar sebagai 'bekas teman wanita' oleh netizen negara itu, ramai yang turut meluahkan rasa sedih melihat nasib patung berkenaan. Menurut netizen, mereka simpati melihat patung itu yang dibuang seperti sampah selepas ia puas digunakan oleh pemiliknya. "Kalau terserempak patung ni ketika memandu waktu malam, anda mesti terkejut. "Patut ke kita buat laporan polis?" tulis beberapa netizen lagi. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube