suria

Gara-gara berang pelanggan minta tukar order, tukang masak kantoi ludah dalam masakan

Tangkap layar seorang tukang masak meludah ke dalam makanan.

VIDEO penjual makanan jalanan meludah ke dalam masakan pelanggan tular di media sosial.

Memetik laporan Suara, kejadian yang dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di Xián, China.

Tindakan tukang masak itu dikatakan dilakukan kerana kesal pelanggan sebelum itu mengembalikan semula hidangan dan meminta untuk dimasak semula.

Sebaik menerima semula hidangan lebih 'segar', pelanggan menemui puntung rokok di dalam makanan.

Mereka kemudian meminta untuk melihat rakaman CCTV di dapur dan terkejut melihat tukang masak yang tidak memakai pelitup muka itu meludah ke dalam makanan.

Susulan tindakan yang 'kasar' dan menjijikkan itu, restoran tersebut dilarang beroperasi buat sementara waktu.

Bukan itu sahaja, mereka juga didenda 21 juta Rupiah (RM6,404) dan berkemungkinan lesen untuk beroperasi semula akan ditarik.

Untuk rekod, rakaman meludah makanan itu dimuat naik semula ke laman X, Heraloebss.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain