suria

Budak 11 tahun lari rumah selepas bertengkar, tinggalkan nota mahu rasai susah dunia luar

Tangkap layar CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak cuba melarikan diri. -Gambar SCMP composite/Weibo

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun melarikan diri dari rumah selepas meninggalkan nota 'selamat tinggal' kepada ibu bapanya.

Menurut portal South China Morning Post, kanak-kanak itu melarikan diri pada tengah malam, pada 20 September lalu.

"Ayah dan ibu yang dihormati, saya akan keluar selama beberapa hari (paling banyak tiga) untuk mengalami kesusahan dunia luar dan mempelajari kesukaran hidup," tulis budak lelaki itu dalam surat ditinggalkannya.

Cubaan melarikan diri itu dikatakan berpunca selepas berlaku pertengkaran dengan ibu bapa mengenai kerja rumah.

Malah, dia juga berjanji kepada ibu bapanya bahawa dia akan menyiapkan kerja sekolah selepas pulang dan memberitahu telefonnya ditinggalkan di rumah.

Bagaimanapun, ibu bapanya menghubungi polis keesokan pagi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan budak lelaki itu membawa cadar semasa menaiki kereta api bawah tanah.

Dia juga mengunjungi pusat beli-belah di mana pegawai polis menemuinya sehari selepas dia melarikan diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain