suria

Pemandu jual kereta majikan demi tanggung kos rawatan isteri

Mencuri dan menjual harta syarikat adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki sanggup mencuri dan menjual kereta milik syarikat tempatnya bekerja bagi mendapatkan wang untuk membiayai perubatan isterinya yang mengalami sakit kulit.

Malah duit lebihan tersebut digunakan untuk membayar hutang serta menampung kos perbelanjaan mereka setiap hari.

Menurut pegawai polis, suspek pada awalnya berkhidmat sebagai pemandu di syarikat tersebut selama dua tahun.

Namun disebabkan keadaan isterinya yang semakin kronik dan masalah kewangan yang dihadapi, dia bertindak mencuri kereta tersebut dan menjualnya di Daerah Palembang, Indonesia pada Rabu.

"Kejadian berlaku semasa dia sepatutnya mengambil kelapa sawit di ladang berhampiran Muba tetapi telah membawa trak tersebut untuk dijual," katanya.

Ketika ditahan, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menerima bayaran sejumlah RM12,170 (Rp 40 juta). - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain