suria

Lelaki kahwini tujuh wanita serentak, dedah poligami sudah jadi kebiasaan - “Saya masih muda”

Lelaki ini mengahwini tujuh isteri secara serentak.

MENGIKAT hubungan secara sah bersama insan pilihan hati pastinya adalah satu momen yang indah.

Bermula dari saat ini, kita akan mempunyai peneman sehidup semati untuk bersama mengharungi liku-liku kehidupan.

Namun, lain kisahnya untuk lelaki Uganda berusia 43 tahun ini apabila dia berkahwin dengan tujuh wanita serentak.

Dikenali sebagai Habib Nsikonnene, dia melafazkan ikrar pada Ahad, 10 September.

Ketika majlis resepsinya, Nsikonnene menabur ura-ura bahawa perkahwinan itu bukan yang terakhir buatnya.

Sebaliknya, Nsikonnene merancang untuk berkahwin lagi pada masa akan datang.

Majlis perkahwinan untuk Habib Nsikonnene dan tujuh isterinya.

Nsikonnene yang merupakan seorang pakar perubatan tradisional menghantar sebuah kereta untuk mengambil semua isteri dari salun kecantikan pada hari perkahwinannya.

Majlis itu dijalankan dengan sungguh meriah, mana tidaknya, pengantin wanita dan tetamu hadir ke majlis perkahwinan dengan diiringi konvoi membabitkan lebih 40 buah kereta dan 30 motosikal.

Tujuh pengantin perempuan, dua bernama Aisha dan lima lagi Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam dan Saha Sinap, semuanya dinikahkan dalam satu majlis di Namasengere, Uganda.

Dua daripada pengantin perempuan tersebut adalah adik-beradik.

Nsikonnene, seorang Muslim Uganda, menyatakan dirinya masih muda dan mungkin berkahwin dengan lebih ramai wanita dalam masa terdekat.

"Saya memperkenalkan mereka secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekali gus untuk menjadikan kami satu keluarga besar yang bahagia," katanya.

Bapa Nsikonnene mendedahkan poligami adalah sah di Uganda dan lelaki dalam keluarga mereka mempunyai ramai isteri.

Datuknya mempunyai enam isteri, manakala bapanya mempunyai lima isteri. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain