suria

Majlis kahwin batal saat akhir, lelaki tak boleh terima pasangan badan gempal

Wanita ini kecewa impiannya untuk berkahwin tidak kesampaian kerana faktor berat badan.

BERKECAI hati seorang wanita apabila ditinggalkan pasangan hanya kerana paras rupanya.

Lebih mendukacitakan apabila perkahwinan yang sudah dirancang rapi itu dibatalkan kerana bakal suami dikatakan tidak boleh menerima masalah berat badan berlebihan.

Wanita yang dikenali sebagai Elvina Ramayanti itu mengatakan hatinya sakit mengenangkan bagaimana mereka sudah selesai menghantar kad undangan majlis kepada tetamu sebelum segalanya punah.

Elvina yang menetap di Bagan Batu, Binjai, Riau, Indonesia itu menceritakan detik tragis dalam hidupnya bermula apabila dia tergerak hati untuk memeriksa telefon pintar teman lelakinya.

“Ketika hari bahagia (perkahwinan) semakin hampir, saya tidak sedap hati. Saya cuba memeriksa telefon pintar bakal suami. Rupa-rupanya dia berbalas mesej dengan gadis lain,” kata Elvina dalam satu hantaran di TikTok.

Menurut Elvina lagi, dia bertanyakan hal itu kepada teman lelakinya untuk mendapatkan kepastian, namun tersentak apabila mendengar jawapan lelaki tersebut.

“Apa yang awak mahukan? Adakah berat badan saya menjadi masalah? Adakah awak malu untuk mempunyai isteri berbadan gempal?

"Saya sedang berdiet, cuba sabar dulu dan bukannya berlaku curang begini,” kata Elvina dalam satu mesej meluahkan perasaan kepada teman lelakinya.

Jawapan yang diberikan lelaki itu bagaimanapun sangat tidak berhati perut dan menyebabkan hati Elvina hancur lebur.

“Ya, bagi saya amat wajar untuk memiliki isteri yang mempunyai bentuk badan langsing,” jawab teman lelaki Elvina.

Teman lelaki Elvina mengatakan dia akan pergi ke rumah Elvina dan bertemu dengan ibu bapanya untuk memutuskan hubungan mereka secara baik. - Wolipop

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain