KEADAAN yang mendesak boleh membawa kepada tindakan drastik. Demikianlah kisahnya untuk lelaki ini, dikatakan nekad hendak menyara keluarganya, sehingga sanggup mencuri wang dari tabung sebuah masjid sambil membawa anak dan isteri. Dalam kejadian di Merawang, wilayah Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia, lelaki itu bagaimanapun ditangkap penduduk setempat ketika melakukan jenayah terbabit. Robby Sugara, 25, melakukan perbuatan tersebut pada Khamis, 21 September. Ketika kejadian, dia sedang mencuri wang tabung amal Masjid Kampung Pagarawan sambil aksinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Robby kemudian mengaku tidak mempunyai pekerjaan selepas diberhentikan ketika bekerja dalam bidang perlombongan. Ketika disoal siasat polis, Robby mengaku pernah melakukan perbuatan serupa di beberapa masjid lain di Tempilang, Belinyu, Sungailiat dan Merawang. Dia juga kerap membawa anak dan isterinya menaiki motosikal ketika mencuri. Wang itu digunakan untuk keperluan harian termasuk membayar sewa penginapan. “Kadang kala, isinya (tabung masjid) adalah 300,000 rupiah (RM91) atau 200,000 rupiah (RM60.81). Namun, ada masanya hanya 100,000 rupiah (RM30.40) atau kurang daripada itu,” ujar Robby. - detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube