suria

Budak berlatih 'skill' MUA dengan si bulus, muka Oyen jadi warna-warni - “Kenapa dia tak melawan?”

Kucing ini jadi eksperimen solekan kanak-kanak.

KUCING sebagai haiwan peliharaan sudah tidak asing lagi dan merupakan peneman yang setia.

Si bulus kebiasaannya mempunyai pelbagai ragam mencuit hati, yang ada kalanya boleh menyebabkan kacau-bilau.

Namun, melalui satu video tular di TikTok, lain situasinya apabila seekor kucing dilihat menjadi 'mangsa' eksperimen solekan seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam video itu, kucing tersebut yang berwarna oren didudukkan di atas kerusi manakala anak kecil berkenaan pula duduk bersila di lantai menghadap si bulus.

Haiwan peliharaan itu dilihat berserah tanpa melawan apabila kanak-kanak berkenaan mencalit solekan pelbagai warna ke muka kucing itu.

Kanak-kanak itu memilih beberapa tona warna dari kotak solekan dan mencampurkannya, mirip seorang mekap artis (MUA) yang sedang beraksi.

Hasil solekan kanak-kanak itu mempamerkan wajah kucing tersebut berubah warna-warni, seolah baru pulang dari persembahan kebudayaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa janggal mengapa kucing sering berlembut apabila dikacau oleh kanak-kanak.

"Masih menjadi misteri. Kenapa haiwan peliharaan selalu pasrah jika bersama anak kecil? Kucing di Indonesia memang friendly.

"Kucing pasrah asalkan perut kenyang dan tidak ditinggalkan. Itulah kehidupan," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain