AKSI lagak ngeri yang membuatkan ramai bengang! Sebuah video tular di media sosial memaparkan aksi seorang pemuda menunggang motosikal sambil berbaring dan menggunakan kakinya untuk memulas pendikit minyak. Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbaring di kerusinya tanpa memakai topi keledar. Sebelah tangannya diletakkan di belakang kepala, manakala kaki menekan pendikit minyak untuk menggerakkan motosikal. Aksi tersebut dirakam di Jalan Raya Margonda, Kota Depok, wilayah Jawa Barat. Video tersebut menjadi tular dan menerima kritikan hebat dari netizen. "Ini dah bahaya, kalau jadi apa-apa yang buruk baru nak sedar. Jangan sampai nyawa orang lain melayang kerana keangkuhan diri sendiri," kata sebahagian warga maya. Dalam pada itu, Ketua Polis Trafik Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra memberitahu laman berita Detik bahawa pelaku telah dikenakan saman sebanyak 750,000 rupiah (RM227) kerana menunggang motosikal secara berbahaya. “Dia disaman menggunakan kamera perangkap had laju e-TLE yang dipasang di Margonda,” kata Multazam. - TulugagungTimes.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube