SEORANG pesara polis di Thailand menjadi perhatian ramai apabila dia membina tugu berbentuk zakar setinggi 3.5 meter di kampungnya. Selain binaan gergasi itu, dia turut menghasilkan tiga struktur konkrit berbentuk zakar dalam saiz lebih kecil yang diletakkan di kawasan sama. Thoop Lamoonmorn, 86, berkata, tugu berkenaan sebenarnya telah dibina kira-kira lima tahun lalu. Namun, tugu berkenaan diberi nafas baharu apabila ia dicat putih, baru-baru ini. Menurut Thoop, dia berharap binaan tersebut akan akan membawa tuah buatnya untuk menjual tanahnya di kampung berkenaan. Tambah Thoop, dia juga menganggap zakar yang juga organ reproduktif sebagai satu simbolik kepada kehidupan manusia. - Thaiger. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube