suria

Lelaki minta izin dengan isteri nak perempuan simpanan, akhirnya nyaris maut ditikam

Konflik rumah tangga ada kalanya boleh bertukar menjadi keganasan domestik. -Gambar hiasan (kanan)

KERANA mulut badan binasa.

Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas ditikam tiga kali oleh isterinya di rumah sewa mereka di daerah Mueang Chon Buri, Thailand.

Melalui satu hantaran tular di Facebook, warga maya bernama Pattana Thepkamol berkongsikan foto menunjukkan seorang lelaki cedera parah sedang dirawat di dalam ambulans.

Menurutnya, lelaki itu diserang oleh isterinya selepas dia meminta kebenaran untuk memiliki perempuan simpanan.

Lelaki itu yang dalam akhbar tempatan dikenali sebagai Rachain, 36, bertanya kepada isterinya ketika sedang mabuk sama ada dia boleh mengambil kedi golf sebagai kekasih gelapnya.

Si isteri tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya mengambil sebilah pisau dan terus menikamnya di bahagian perut, belakang badan dan lengan.

Wanita terbabit kemudiannya terus meninggalkan tempat kejadian tanpa berkata apa-apa.

Rachain diselamatkan oleh pasukan perubatan kecemasan daripada persatuan Trai Kunna Dham dan dibawa ke Hospital Chon Buri.

Walaupun ditikam oleh isterinya sendiri, Rachain memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang dan ikhlas memaafkan isterinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain