suria

Wanita ‘besi’ tewaskan lelaki dalam pertandingan gusti tangan, satu dewan bersorak!

Wanita ini menewaskan seorang lelaki dalam pertandingan gusti tangan.

JANGAN pandang rendah pada kekuatan seorang wanita!

Seorang pelajar perempuan menerima pujian ramai selepas mengalahkan pelajar lelaki dalam pertarungan gusti lengan.

Pertarungan gusti lengan itu diadakan semasa waktu rehat kepada pelajar yang menyertai kem latihan fizikal di Universiti Sukan Beijing pada 13 September lalu.

Latihan tersebut wajib untuk semua penuntut baharu di sekolah menengah dan universiti. Kem itu diadakan selama beberapa hari sehingga dua minggu bergantung kepada usia pelajar.

Ketika menyertai kem itu, pelajar universiti tahun pertama menganjurkan pertarungan satu lawan satu untuk hiburan sesama mereka bagi menghilangkan tekanan selepas mengikuti jadual latihan yang mencabar.

Ramai pelajar berkumpul untuk menyaksikan pertarungan antara seorang pelajar lelaki yang mempelajari sukan gimnastik dan pelajar perempuan yang berpengalaman dalam bidang angkat berat.

Ternyata pelajar perempuan itu menarik perhatian ramai kerana memiliki otot lengan yang kuat, demikian menurut video dikongsikan dalam aplikasi Douyin.

Bagaimanapun, peserta lelaki itu enggan mengalah sehingga mukanya bertukar kemerah-merahan manakala urat timbul di bahagian leher.

Dalam masa hanya 30 saat, pelajar perempuan itu memenangi pertarungan tersebut sambil disambut sorakan kuat penonton. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain