PENGAMBILAN ubat sembarangan membawa padah! Seorang wanita di Bandung, Indonesia mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir ketika berusia 22 tahun akibat mengambil pil diet. Della Hiariej terpaksa menjalani rawatan dialisis sepanjang hidupnya sebelum dijadualkan menjalani prosedur pemindahan buah pinggang. Wanita yang berusia 25 tahun itu mengesyaki punca dia mengalami penyakit itu disebabkan sejarah hipertensi yang dialaminya sejak sekolah menengah. Selain itu, pemakanan tidak betul serta pengambilan pil diet juga menyumbang kepada masalah penyakitnya. “Tiga bulan sebelum sakit saya minum pil kapsul diet herba yang tiada dipastikan kesahihan bahannya,” katanya. Seorang pakar perubatan, Dr. RA Adaninggar Primadia Nariswari berkata, penggunaan pil diet boleh meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami kegagalan buah pinggang. “Punca lain adalah keradangan akibat mengambil ubat herba, minum suplemen yang mengandungi bahan yang menyebabkan kerosakan buah pinggang dan berlarutan secara kronik,” tambahnya. - Detik.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube