suria

Pengantin perempuan kecewa, dapat tahu suami miliki zakar 3cm ketika bulan madu... Kini dalam proses untuk bercerai

Setiap pasangan diuji dengan pelbagai dugaan. -Gambar hiasan Christin Klose/dpa

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa tentang saiz alat sulit suaminya menerusi laman Reddit.

Perkongsian penuh kontroversi itu dibuat oleh seorang pengantin yang enggan mendedahkan namanya.

"Suami berumur 32 tahun. Kami tak pernah melakukan hubungan intim sebelum kahwin. Saya pula berusia 27 tahun.

"Saya terkejut apabila dapat tahu saiz kemaluannya ketika kami berbulan madu selepas kahwin," ujar pengadu.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa alat sulit suaminya berukuran panjang tiga sentimeter (cm).

Pengadu berkata suaminya turut meluahkan kerisauan sekiranya isu sensitif itu akan menjadi punca perpisahan mereka.

Selepas perkongsian di laman Reddit tular, pengadu memaklumkan suaminya mahu menceraikannya.

Malah, lelaki itu juga berang dengan perkongsian memalukan itu sehingga dia mahu mengambil tindakan undang-undang. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain