JALAN pintas untuk menjadi kaya adalah dengan menagih simpati daripada orang ramai. Begitulah kisahnya untuk seorang lelaki gelandangan di Britain ini yang hidup senang-lenang tanpa perlu mempunyai pekerjaan atau perniagaan. James Chamber, 30, dilarang daripada mengemis selepas menjana pendapatan lebih 20,000 pound (RM114,350) setahun hasil sumbangan penduduk tempatan. Dia memperoleh 420 pound (RM2,400) setiap minggu dengan mengemis di luar restoran McDonald’s di pusat bandar Lincolnshire, United Kingdom. Chambers disabitkan dengan 13 kesalahan mengemis dan satu kesalahan berkaitan ketenteraman awam yang dilakukannya sejak Februari lalu di Mahkamah Majistret Lincoln. Ketika perbicaraan pada 15 September lalu, hakim berkata bahawa Chambers sering menerima wang tunai, barangan dan makanan daripada orang ramai. Dia kemudiannya diberikan perintah tingkah laku jenayah (CBO) yang melarangnya duduk di atas lantai atau mengumpul wang. Selain itu, dia dilarang mendekati sesiapa sahaja untuk meminta wang atau barangan di bandar Lincolnshire. Chamber dibebaskan dengan syarat selama 12 bulan dan tempoh tiga tahun CBO, namun berdepan lima tahun penjara sekira melanggarnya. - BBC News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube