SUDAH tua tetapi masih hidup berpaksikan nafsu! Seorang pengemis berusia 70 tahun di bandar Guangzhou, China tular di media sosial susulan dakwaan bahawa dia seorang lelaki miang. Menurut penduduk tempatan, lelaki itu mengemis di lokasi sama setiap hari. Bagaimanapun pada Ahad lalu, seorang wanita menyedari kelakuan aneh pengemis itu ketika ada wanita berskirt pendek berjalan melintasinya. Selepas memerhati gerak-gerinya, dia yakin pengemis itu berniat serong. Pengemis itu dilihat menggunakan kamera telefon pintarnya untuk merakam gambar gadis yang di hadapannya secara tersembunyi. Dia menggunakan mod sudut lebar 0.5x, meletakkan telefon di bawah dan menghalakan lensa kamera ke arah wanita berskirt atau berseluar pendek. Wanita itu mendedahkan perbuatan jahat pengemis tersebut dan berkongsi bukti kejadian di media sosial. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube