HUKUMAN yang terlampau berat untuk seorang murid. Tiga murid sekolah rendah dihukum menjilat dinding dan makan kertas oleh guru besar mereka dalam kejadian di Sekolah Dasar Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Mereka kemudian mengadu kepada ibu bapa masing-masing yang akhirnya membuat laporan polis. Guru besar tersebut juga dilaporkan mengarahkan mereka menjilat kaca dan pintu sekolah sebagai hukuman kerana bermain sumpitan menggunakan penyedut minuman (straw) sambil disaksikan oleh murid-murid lain. Pengakuan ketiga-tiga murid itu disampaikan kepada Ketua Dewan Pimpinan Cabang Organisasi Perjuangan Rakyat (POSPERA), Yorim Fallo dalam rakaman video. Seorang murid itu yang hanya dikenali sebagai JT berkata, jika dia tidak menelan kertas maka ketiga-tiga mereka tidak dibenarkan pulang dari sekolah selain dua daripada mereka turut dipukul dengan kayu. Ketua polis tempatan, Ariasandy mengesahkan menerima laporan daripada ibu bapa terbabit dan masih menyiasat kes itu. - Prohaba.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube