suria

Luluh hati tunang dapat tahu bakal suami curang dengan 2 wanita, siap bawa masuk bilik hotel

curang

NASIB malang menimpa seorang gadis apabila bakal suaminya bersikap curang dengan perempuan lain.

Lebih menyedihkan tunangnya itu bukan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita, tetapi dua orang sekali gus.

Gadis berkenaan meluahkan kesedihan itu menerusi video di TikTok sehingga tular.

Malah, tunang kepada gadis itu turut membawa wanita lain mendaftar masuk ke bilik hotel.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun bercinta, serah kad ATM duit gaji... Lelaki ini menangis sampai pengsan dapat tahu GF kahwin lain

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan kecewa, dapat tahu suami miliki zakar 3cm ketika bulan madu... Kini dalam proses untuk bercerai

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Perkongsiannya turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama seorang wanita yang mendakwa didekati tunangnya.

“Saya sudah bertunang, kenapa awak 'berlakon' sangat,” tulisnya dalam kapsyen foto yang dimuat naik di TikTok.

Bakal suaminya didakwa mengenali wanita-wanita lain menerusi aplikasi meskipun sudah bertunang.

Setakat petang Khamis, video yang dimuat naik gadis itu meraih lebih 7 juta tontonan. - Tribun Jateng

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain