DEMI mendapatkan jumlah tontonan yang banyak dan menarik pengikut di media sosial, seorang lelaki sanggup menjadikan cacing pita sebagai ‘content’. Dia menghasilkan video ‘mukbang’ dengan menjadikan haiwan parasit itu sebagai makanan utama. Penghasil kandungan dari Amerika Syarikat itu juga dikatakan sudah mengetahui kesan sampingan daripada perbuatannya. Bukan itu sahaja, dia yang dikenali sebagai Nicholas tidak berasa kesal dengan tindakan berisiko yang dibuat. Mana tidaknya, cacing pita yang berada di dalam usus akan memakan semua nutrisi daripada tubuh induk. Kesannya, seseorang itu akan mengalami cirit birit melampau, muntah dan letih. Meskipun dijadikan bahan makanan, cacing pita tersebut dapat membiak selepas kepalanya menemp pada tubuh induk dan memakan nutrisi yang ada. Ia kemudian akan terus berkembang serta bertelur kerana cacing pita berevolusi melalui tiga cara iaitu telur, larva serta cacing dewasa. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube