suria

Impian jadi polis tercapai! Remaja buta diberi penghormatan, siap sarung seragam

Gracia gembira apabila berpeluang memakai seragam polis.

SEORANG remaja berusia 19 tahun yang terselamat dalam kebakaran dengan 80 peratus kesan melecur pada badan dilantik sebagai pegawai polis kehormat.

Zaid Garcia melecur teruk selepas sebatang lilin terbakar di rumahnya pada 2015 dan merebak pada selimut yang menyelubungi ketika tidur.

Akibat kejadian itu, matanya melecur teruk sehingga pakar bedah menutup dengan kulit bagi membantu memulihakannya.

Meskipun berhadapan dengan tragedi yang hampir meragut nyawanya, Zaid dari Galveston, Texas, Amerika Syarikat, boleh menarik nafas lega apabila dia telah menjadi pegawai polis kehormat.

Ia sekali gus memenuhi impiannya sejak berusia 10 tahun.

Terbaharu, imejnya yang menaiki kereta polis dan melawat balai polis menjadi tular di media sosial.

Teruja dengan perkara tersebut, dia meluahkan rasa gembira dan ingin melindungi masyarakat.

“Saya sangat teruja... ini seperti salah satu hari terbaik dalam hidup saya.

"Sejak kemalangan berlaku, saya suka melindungi orang. Jadi impian saya adalah seperti seorang pegawai polis," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain