suria

Gara-gara cemburu, suami sanggup bakar isteri! Simbah petrol sebelum baling putung rokok

Pertengkaran antara pasangan sering berakhir tragedi. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki tergamak menyimbah petrol dan membaling putung rokok yang dihisapnya sehingga mengakibatkan isteri berusia 16 tahun terbakar.

Kejadian yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia itu berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan isterinya.

Menurut pegawai polis setempat, S Yudianto, pada masa kejadian, mangsa berada di rumah rakannya kerana bergaduh selepas dia dituduh curang bersama lelaki lain.

"Suspek pergi ke rumah tersebut dan menyebabkan perbalahan berlangsung. Mangsa kemudian masuk semula ke dalam rumah rakannya.

"Suspek meminta anak kepada rakan mangsa membelikan minyak petrol.

"Selepas menuang separuh daripadanya ke dalam tangki motosikal, dia menyimbah mangsa pula," katanya.

Tambahnya, sebelum suspek berlalu pergi, dia telah membaling putung rokok ke arah mangsa dan menyebabkan kebakaran berlaku.

Akibat daripada itu, mangsa melecur di bahagian muka dan badannya. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain