suria

Tiada tempat untuk penduduk Gaza selamatkan diri, angka korban meningkat lebih 400

Penduduk mengutip serpihan di sebalik runtuhan bangunan akibat serangan udara Israel. -Gambar AP

SERANGAN udara Israel mengorbankan lebih 400 orang dan merosakkan banyak bangunan kediaman di Semenanjung Gaza yang dikepung.

Selain itu, kira-kira 2,200 cedera dalam serangan itu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Di Bandar Gaza, pesawat Israel melancarkan serangan ke atas bangunan 11 tingkat di kejiranan Al-Nasr.

Memetik laporan AlJazeera, serangan itu sekali gus menyebabkan kira-kira 80 keluarga kehilangan tempat tinggal.

Mohammed Salah, dari kejiranan Beit Lahia di utara Gaza berkata, dia meninggalkan rumahnya dan berlindung di sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersama keluarga lain dari kawasan itu yang disebutnya sebagai 'pengeboman sembarangan' oleh Israel.

Sementara itu, Israel meneruskan serangan udara di Semenanjung Gaza dan melancarkan sasaran di kawasan yang dikepung, termasuk kawasan berkaitan kerajaan dan tentera.

Perkarangan latihan tentera Ansar merupakan antara bangunan yang menjadi sasaran serangan itu.

Sebagai tindakan balas, berpuluh-puluh roket dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon di selatan Israel.

Menurut Reuters, lebih 400 penduduk Gaza termasuk 20 kanak-kanak, dalam serangan Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain